Kata yang paling penting dalam ramalan ini ialah; "seperti kamu seperti musa"(like unto thee)..Dalam bible 'THEE' merujuk kepada Musa..Jikalau ramalan tersebut merujuk kepada Jesus(Nabi Isa)..dalam hal apa Jesus seperti Musa?..
*pertama,Musa dan Jesus adalah dari bangsa Yahudi.
*kedua,Musa dan Jesus merupakan nabi.Jika hanya dua kriteria ini sahaja untuk menentukan calon dalam Ulangan 18:18,maka untuk keadaan ini kriteria dapat dipenuhi oleh setiap tokoh setelah Musa pada kitab Bible:-Solomon,Isaiah,Ezekiel,Daniel,Hosea,Joel,Malachi,John si pembaptis dan lain2 kerana mereka juga seorang "YAHUDI" dan "NABI"..Mengapa tidak menerapkan ramalan tersebut kepada salah satu nabi ini,,dan mengapa pula Jesus???
***Perhatikan,,Kesimpulannya,,Jesus tidak seperti Musa.
♦Tiga Ketidaksamaan♦..
Pertama>>menurut Kristian,,Jesus adalah tuhan tetapi Musa bukan tuhan..
Kedua >>menurut Krsitian,,Jesus mati untuk dosa2 dunia tetapi Musa tidak mati untuk hal tersebut
Ketiga >>menurut Kristian,,Jesus pergi ke Neraka selama 3 hari tetapi Musa tidak masuk ke sana..
...KERANA ITU JESUS TIDAK SEPERTI MUSA!..!.
Sebenarnya,,nabi agung yang diramalkan oleh Bible tersebut ialah nabi Muhammad s.a.w..Nabi akhir zaman..Lihat 8 Hujah berkenaan ramalan Bible bahawa potongan ayat "Like unto Thee'' merujuk kepada nabi MUHAMMAD...>>
LAPAN HUJAH YANG MENGATAKAN 'THEE' MERUJUK KEPADA MUHAMMAD..
1) Ayah dan ibu
>Nabi Musa mempunyai seorang ayah dan seorang ibu.Muhammad juga mempunyai seorang ayah dan ibu.Tetapi Jesus mempunyai seorang ibu dan ayahnya bukan seorang manusia..Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa!!!
2)Kelahiran Ajaib
>Nabi Musa dan Muhammad lahir secara normal dan alamiah,iaitu melalui percampuran fizikal antara seorang lelaki dan wanita,tetapi Jesus diciptakan dengan sebuah kelahiran ajaib.Dalam Bible-Matthew 1:18 "..sebelum mereka (Yusuf dan Maryam) hidup sebagai suami isteri,ternyata Maria(Maryam) mengandung dari Roh Kudus..." ..Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa!!
3)Ikatan Perkahwinan
>Nabi Musa dan Muhammad bernikah dan mempunyai anak,tetapi Jesus tetap menjadi bujang sepanjang hidupnya...Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa!!!
4)Jesus Ditolak Oleh Kaumnya
>Musa dan Muhammad diterima sebagai nabi oleh kaumnya dalam kehidupan mereka..Walaupun pada asalnya nabi Musa dan Muhammad ditentang kuat oleh kaunnya,,akhirnya setelah lama berdakwah,, mereka diterima oleh kaum mereka sebagai utusan Allah..Tetapi,berdasarkan Bibe-"Dia(Jesus) datang kepada milik kepunyaan-Nya,tetapi orang2 kepunyaan-Nya itu tidak menerimanya."(Bible John 1:11).Dan sampai hari ini,setelah 2000 tahun,kaumnya(orang2 Yahudi) secara keseluruhan menolaknya..Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa.
5)Kerajaan "Dunia Lain"
>Nabi Musa dan Muhammad adalah Nabi dan juga Raja(Pemerintah).Nabi bererti seorang manusia yang menerima wahyu dan memandu manusia dan menyampaikan petunjuk ini kepada ciptaan Allah tanpa penambahan atau pengurangan.Raja pula seorang manusia yang mempunyai kekuasaan atas hidup mati rakyatnya.Jika dia mempunyai hak untuk memberikan hukuman mati kepada rakyatnya dia adalah raja.Musa memiliki kekuasaan tersebut.Ingatkah anda orang Israel pada hari Sabbath dikatakan sedang mengumpul kayu bakar,dan Musa menghukum mati orang tersebut dengan dilontari batu?>(Bible-Numbers 15:36)..Begitu juga dengan Muhammad,baginda boleh menjatuhkan hukuman keatas rakyatnya.Pada Bible,terdapat beberapa contoh orang yang hanya diberi kenabian tetapi tidak dalam posisi untuk menerapkan petunjuk mereka.Antaranya ialah nabi Lut,Jonah,Daniel,Ezra dan John Pembaptis.Mereka hanya dapat menyampaikan pesan,tetapi tidak dapat memaksa hukum.Nabi Isa juga termasuk dalam kategori ini.Para paderi Kristian dengan jelas membenarkan hal ini.Ketika Jesus diseret sebelum Gabenor Rom(Pontius Pilate) menuduhnya sebagai pendusta,Jesus membuat sebuah penyataan menyakinkan dalam pembelaanya untuk menyangkal tuduhan yang salah: "Jawab Jesus,"Kerajaanku bukan dari dunia ini;Jika kerajaanku dari dunia ini,pasti hamba-hambaku telah melawan,supaya aku jangan diserahkan kepada orang-orang Yahudi,akan tetapi kerajaanku bukan dari sini."(John 18:36)..Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa!!!!
6)Tiada Hukum Baru
>Nabi Musa dan Muhammad membawa hukum dan aturan baru untuk kaumnya.Musa hanya memberi 10 perintah Allah kepada orang-orang Israel.Nabi Muhammad juga memberi beberapa Hukum dan aturan baru.Tetapi lain pula berkenaan Jesus,ketika orang-orang Yahudi merasa curiga terhadapnya bahawa dia mungkin seorang penipu dengan tujuan menyesatkan ajaran mereka,Jesus menyakinkan mereka bahawa dia tidak datang dengan agama baru.Lihat>>"Janganlah kamu menyangka,bahawa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau meniadakan kitab para nabi.Aku datang bukan untuk meniadakannya melainkan untuk mengenapikannya.Kerana Aku berkata kepadamu,"Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini,satu iota atau satu titik pun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat,sebelum semuanya terjadi'."(Matthew 5:17-18)..Dengan kata lain Jesus bukan datang dengan hukum dan aturan baru.Hal inilah yang diberikan oleh orang-orang Yahudi untuk difahami.Bahkan Jesus juga mematuhi hukum dan perintah nabi Musa a.s. dan menghormati hari Sabbath.Tidak ada kesempatan orang Yahudi menunjukkan jari kepadanya dan berkata,"Mengapa kamu tidak berpuasa" atau"Mengapa kamu tidak mencuci tanganmu sebelum membelah roti".Dengan kata lain,Jesus tidak mencipta agama baru dan tidak membawa hukum baru seperti Musa dan Muhammad...Kerana itu Jesus tidak seperti Musa tetapi Muhammad seperti Musa!!!
7)Bagaimana Mereka Pergi
>Nabi Musa dan Muhammad wafat dalam kewafatan yang wajar.Tetapi menurut agama kristian,Jesus dengan kejam dibunuh di tiang salib.
8)Syurga Sebagai Tempat Kediaman
>Musa dan Muhammad terbaring dalam dikubur dalam perut bumi,tetapi menurut agama Kristian,Jesus beristirehat di syurga.
♦Bukti Lebih Lanjut♦
Ismail Anak Pertama
"Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka,.." Ulangan 18:18.Penekanan pada kata "Dari antara Saudara Mereka".Musa dan kaumnya,orang2 Yahudi,di sini ditujukan sebagai satu kesatuan rumpun,dan sebagai "saudara" mereka tanpa ragu-ragu adalah bangsa Arab..Perhatikan kitab bible menyatakan Nabi Ibrahim mempunyai 2 orang isteri,Sarah dan Hajar.Hajar melahirkan seorang anak Ibrahim,putera pertamanya,."..dan Ibrahim menamakan anaknya yang dilahirkan Hajar itu Ismail."(Genesis 16:15).Semasa Ismail berusia 13 tahun,Sarah melahirkan anak kedua Ibrahim diberi nama Ishak.
1)BANGSA ARAB DAN YAHUDI
>Jika Ismail dan Ishak adalah anak dari ayah yang sama(Ibrahim),maka mereka adalah adik-beradik.Kerana itu anak dari salah seorang mereka adalah saudara dari anak yang lain.Keturunan Ishak adalah bangsa Yahudi dan keturunan Ismail adalah bangsa Arab-jadi mereka bersaudara antara satu sama lain.Dengan cara yang sama Muhammad berasal dari saudara bangsa Israil,kerana dia adalah keturunan anak Ismail putera Ibrahim..Hal ini tepat sekali dengan ramalan tersebut-"...dari antara saudara mereka..."ulangan 18:18..Ramalan itu jelas menyebut nabi yang akan datang yang seperti Musa tidak berasal dari dari anak-anak Ismail atau di antara mereka sendiri,tetapi berasal dari antara saudara mereka.Kerana itu Muhammad berasal dari saudara mereka!!!
2)Firman Dalam Mulut
Pengalaman Muhammad di dalam gua Hira,kemudian dikenali sebagai Jabal Nur,dan reaksinya terhadap wahyu pertama benar-benar memenuhi ramalan Bible yang lain.Pada kitab Isaiah 29:12,kita baca:"Dan apabila kitab itu"(Al-Quran-'penbacaan' dan 'pembawaan') "diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca"(nabi yang ummiy),dengan mengatakan,"Baiklah baca ini,Saya akan berdoa untuk kamu"(Kalimah:Saya berdoa untuk kamu"tidak ada dalam naskah Yahudi,bandingkan dengan Katholik Rom "versi Douay" dan juga Revised Standard Version) "dan ia akan menjawab,'Aku tidak dapat membaca'." AKU TIDAK DAPAT MEMBACA!!! adalah terjemahan yang tepat dari kata-kata yang diucapkan 2 kali oleh Nabi Muhammad kepada Malaikat Jibril...Lihat potongan lengkap Bible versi King James>>"Dan,apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan,'Baiklah baca ini,saya akan berdoa untuk kamu',maka ia menjawab,'Aku tidak dapat membaca'."(Bible-Isaiah 29:12).
To bE CoNtInUE............posted by Zulhilmi Zakaria. ♦♥☺☻☺♥♦
No comments:
Post a Comment